waktu pagi
Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu,
sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
waktu tengahari
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali! Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik
rumah.. jangan pergi mana-mana.
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu :Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man :Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu :Mana tepungnya??
Man :Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
waktu petang
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr..
*jangan pikir bukan2 tau..haha